Tuesday, October 16, 2012

Assalamualaikum W.B.T..

Hari ni, Hafzh nak bercerita tau dengan kawan-kawan semua. nak tau pe citernye? sebelum tu, Hafzh nak mintak maaf banyak-banyak kat korang sume, kerana dah lama tak update blog ni. Sempena semester baru yang dah tak berapa baru ni, Hafzh ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan selamat buat ASSIGNMENT ye sume..semoga korang "happy" dalam kalut ribut...

Ok, let's start the ball rolling!

Kali ni, Hafzh nak bagi korang sume ketawa Twenty-Four Seven! Hahahaha...ketawa boleh kurangkan stress tau! ingat fakta ni ya kawan2..

Cerita 1:

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

anime angel

Cerita 2:

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...



.

 Cerita 3:

 Seorang pelancong dari Taiwan, pertama kali menjejakkan kakinya ke Malaysia. Ketika di KLIA, dia sampai ketempat untuk pengesahan kemasukkannya ke negara ini, iaitu Imegresen. Setelah menyerahkan pasportnya, pegawai Imegresen itu pun bertanya beberapa soalan kepadanya.

Pegawai : “Nama?”

Pelancong : “Pak Yu.”(sebutan dalam loghat Taiwan)

Pegawai Imegresen merasa amat marah dan menjerit, “FUCK YOU!, jangan main-main dengan saya. Sekarang sebutkan nama penuh kamu!”

Pelancong: “Pak Yu Tu.”






















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































No comments:

Post a Comment

Utk wat Website Percuma, Join ni